Who Am I?

My photo
Hamba Allah S.W.T...

January 24, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagai manakah bila semua
Hilang dan mati meninggalkan diri mu

Bagimanakah bila saat nya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagi mu untuk kembali
Mengulang ke masa lalu

Dunia....dipenuhi dengan hiasan
Semua..dan segala yang ada
Akan kembali pada Nya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggalah sepi... 

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggalah sepi... 



hayatilah....dengarilah......fahamilah

January 23, 2011

Kenapa kita masih tidak berubah?

Kita seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu mengubah rakan kita, tetapi malangnya diri sendiri pun masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri..Aku ada ke berubah? apa yg berubah? selagi lbh baik dr ari semalam,itulah perubahan..

Malam ni tido lewt lagi,layan EPL je..blh senyum coz my fav team meng lg..'beautiful game'..Hehe. Esk nk wtpe? ntahla..mybe cri tiket Konsert Maher Zain kot,hopela ada lg. ok smbg tgk bola...ni msh x berubah. haha  



‎"Allah berikan apa yang kita perlu...bukan yang apa kita mahu...."

"Allah berikan apa yang kita mampu... bukan apa yang kita jemu...."

January 13, 2011

Renungkan...

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin..

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32 

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas 

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin….  Huhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
 Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." 
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her.. 

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. 
 Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. 
Surah Al-Jatsiyah : 18

 “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.                    
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

7.  Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t.  (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. 
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Kesimpulan :
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan.  Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah  jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?

Selamat Beramal..

From (FB - in a relationship with)

January 8, 2011

Kepenatan!!!!

Penat teramat sgt arini smpai kaki & tgn ni dah lenguh smcm.. Mane taknya pas je hbs keje ptg td trus bersiap tuk g main futsal dr kul 6 smpaila 7.30..2 pn dah sebulan gk x bermain,org pun x ramai main td..tp okla sb jd keeper je,kurg skt gerak..hehe.. then kul 9.30 lak g main badminton dgn membe2 ofis yg lain. Smgt skt main badminton,seluruh anggota sentiasa bergerak n hbs semua tenaga digunakan..nsb baik byk meng arini..haha. kitorg mainla smapai kul 12 td sb ramai yg join mlm ni,so byk tgu giliran jela..smbl2 2 dpt gk tgk family Razif Sidek main badminton,plg best ank laki dia umo 8,9 thun cm2 dah main cm pro gk..blh klah klu lwn dgn dia kot..hoho. 

Esok plan lak nk g Subang store bg settle segala mslh yg ditgglkan oleh diorg sblm ni,nk bg siap bln ni gk..letih dah nk kna g sana je,sggh membosankan..klula sblm ni diorg dah wt rekod dgn betul n teratur xdela timbul maslah yg x settle2 ni..sabo jela.

Ok time 2 rest,hope tomorrow will be much better than today la!!

January 5, 2011

Pembinaan Rumahtangga Islam Satu Tuntutan

Assalamualaikum....

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setengah pasangan atau salah seorang daripadanya meletakkan tujuan yang tidak betul dalam perkahwinan. Sebahagiannya kerana bermatlamatkan kekayaan, kecantikan, keturunan, nafsu dan sebagainya. Cabaran yang akan dihadapi adalah berdasarkan sejauhmana matlamat yang ingin dicapai dalam rumahtangga. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan, kerana itu perkahwinan disyariatkan.

Islam memberikan perhatian yang sangat besar dalam pembentukan sebuah keluarga, kerana keluarga merupakan satu masyarakat yang kecil sebelum terbentuknya sebuah masyarakat yang lebih luas. Mendirikan dan membentuk sebuah keluarga yang berteraskan Islam, sakinah, mawaddah wa rahmah harus dimulai dengan meletakkan asas keislaman yang kukuh, yang dimulai dengan memilih jodoh mengikut cara Islam, proses walimatul ‘urus, membangun keluarga dari tahap awal, dan mendidik anggota keluarga .

Sahabat yang dimuliakan,
Kejahilan adalah musuh kepada kebahagiaan rumah tangga. Kejahilan mengurus akan membuka ruang yang lebih luas kepada cabaran yang lebih besar. Pengurusan rumahtangga mesti didasarkan kepada tiga perkara berikut :

1. Proses pendidikan Islam perlu berjalan untuk mengukuhkan kesedaran beragama iaitu menyuburkan ketaatan kepada Allah S.W.T., tidak menganiaya sesama manusia, melahirkan sifat kasih sayang dan bertimbangan rasa dan lain-lain.

2. Memahami hukum fikah bab munakahat iaitu memahami kewajipan dan tanggungjawab suami kepada isteri , kewajipan mendidik dan memberi nafkah kepada anak-anak dan memahami hukum-hakam mengenai penceraian, talak, hak-hak suami dan isteri dan sebagainya jika berlaku perselisihan.

3. Memahami perlunya toleransi dan kerjasama serta komunikasi yang baik diantara suami, isteri dan anak-anak. Termasuk keluarga di kedua-dua belah pihak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Perkahwinan itu adalah sunahku, maka barangsiapa yang benci kepada sunahku, nescaya telah membenci aku.”

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
”Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu.” 
(Hadis Riwayat Thusiy)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
(Surah al-Rum ayat 21)

Di dalam Islam sebelum seseorang itu ingin mendirikan rumahtangga maka pemilihan jodoh hendaklah berdasarkan pada agama seseorang kerana ini akan membawa kepada kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga kerana masing-masing mempunyai asas dalam kefahaman agama.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Wanita itu dikawini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah kamu memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya kamu akan bernasib baik.”

Selain daripada mengutamakan agama satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah sekufu (persamaan). Perkahwinan sekufu adalah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Adakah Islam mengaku suami isteri itu bertaraf-taraf? Jawapannya ia. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentunya tidak sama orang berilmu dengan yang tidak berilmu, orang yang bertakwa tidak sama dengan orang yang tidak bertakwa, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama.

Manusia yang jahat pun dari sudut kemanusiaan perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia melainkan insan yang  bertakwa kepada Allah S.W.T.

Pembinaan institusi kekeluargaan yang mantap merupakan hospital yang paling anggun bagi menghadapi segala bentuk cabaran. Keluarga yang mantap dan bahagia menjadi penawar kepada segala masaalah. Ia juga menjadi prasyarat dalam merencana rekayasa sosial. Rekayasa sosial adalah satu cara dalam mengukuhkan institusi keluarga menerusi pembentukan masyarakat sakinah dalam menghadapi era globalisasi zaman moden ini. Pendekatan ini diambil dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang aman, makmur, seimbang, maju, berbudaya dan bertatasusila dengan berlandaskan norma moral dan nilai kerohanian hidup yang positif.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : " Jika seorang perempuan melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, tiada berdosa jika keduanya mengadakan perdamaian sesama mereka, berdamai itu adalah lebih baik, memang manusia berperangai kikir, jika kamu berbuat baik kepada isteri kamu dan bertakwa, sesungguhnya Allah Amat Mengetahui." (Surah An-Nisaa' ayat 128)

Apakah ciri-ciri penting yang perlu ada pada bakal pasangan suami isteri supaya menjamin kebahagiaan rumahtangga yang akan dibina?

1. Mempunyai matang fizikal iaitu sihat tubuh badan dan tidak naif.

2. Mempunyai kematangan intelektual iaitu  mempunyai keyakinan diri (bersikap objektif), mampu membuang segala perangai buruk dan amalan negatif, mengaku kekurangannya dan berkeinginan untuk membaiki kelemahan diri.

3. Mempunyai kematangan emosi iaitu tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya.

4. Mempunyai kematangan sosial iaitu mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana dia berada.

5. Mempunyai kematangan moral iaitu memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.

6. Mempunyai kematangan usia iaitu antara 24-30 tahun bagi lelaki dan 20-25 tahun bagi wanita. Ia sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat sesuatu tempat.
(dalam kes-kes tertentu jika di dapati pasangan tersebut lebih muda daripada kematangan usia tersebuat dan memerlukan mereka berkahwin maka ianya lebih baik daripada terlibat dengan gejala zina)

Sahabat yang dikasihi,
Di dalam pembinaan rumah tangga bapa sebagai ketua keluarga perlu menyedari bahawa menyediakan bekalan ilmu dan pendidikan kepada isteri dan anak-anak ada satu keperluan yang diutamakan. Semoga dengan ilmu dan pendidikan akan melahirkan rumah tangga muslim 'menjadikan rumahku syurgaku' dan mereka sentiasa terbimbing dengan ilmu dan akhlak Islam. 

Bapa juga perlu bekerja keras  nencari nafkah untuk mendapatkan wang dan harta supaya sekurang-kurangnya dapat memenuhi tiga keperluan asasi kehidupan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Setiap keluarga juga mestilah menguruskan soal-soal perbelanjaan dengan betul dan terancang. Perkara-perkara yang menjadi tegahan agama seperti pembaziran, berbelanja dengan berlebih-lebihan sehingga menimbulkan riyak atau membeli barang-barang yang tidak perlu dan seumpamanya hendaklah dielakkan. Amalkanlah kehidupan secara sederhana dan sentiasa berjimat cermat. Rezeki yang diperolehi itu sepertiga darinya hendaklah dibelanjakan untuk maksud nafkah, sepertiganya untuk maslahat umum seperti zakat, sedekah dan seumpamanya dan sepertiga lagi untuk tabungan. Untuk menjamin hidup masa depan, budaya menabung perlu diamalkan dalam keluarga seperti kata pepatah "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis" 

Proses pendidikan kepada keluarga perlu berjalan dengan baik dan berterusan. Untuk melahirkan susana tarbiah persekitarannya perlulah persekitaran yang baik kerana ianya akan membantu mencapai kebahagiaan rumahtangga tetapi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi dan menghalang wujudnya kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga. Banyak aspek persekitaran yang perlu diambil perhatian seperti jiran tetangga, masyarakat sekeliling, pembantu rumah, pengaruh media, pengaruh pemikiran barat, keselesaan dan keindahan di dalam dan luar rumah, menghiasi rumah dengan peralatan dan perhiasan yang diredai Allah. Ibu bapa hendaklah pandai membentuk suasana yang harmoni.

Daripada Saat r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Empat perkara yang membawa kebahagiaan rumahtangga iaitu wanita yang baik, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Semasa majlis perkahwinan beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian adalah seperti berikut :
1. Menyedari tujuan sebenar kita mengadakan walimah.
2. Menghindari perbuatan syirik dan kurafat.
3. Mengelak daripada melakukan maksiat.
4. Mengundang golongan yang kurang berada.
5. Mengelakkan ikhtilat (percampuran antara lelaki dan wanita)
6. Menghindarkan hiburan yang merosakkan nilai ibadah. (hiburan yang memuji kebesaran Allah tidaklah dilarang)
7. Menghindari pembaziran.
8. Mengelakkan perhiasan yang melampau.
9. Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kebahagiaan kedua mempelai serta keluarga mereka.

Sahabat,
Perkahwinan adalah sunah Rasulullah S.A.W. dan hanya jalan perkahwinan sahaja dapat menyelesaikan perzinaan dan pembuangan dan kelahiran anak-anak tidak sah taraf. Apabila sudah ada jodoh dan ada calun yang sesuai teruskanlah diijab kabulkan kerana jika ditangguh-tangguh lagi akan mendatangkan mudarat yang lebih besar. Janganlah dipandang kepada hantaran dan mas kawin yang mahal kerana ianya akan mendatangkan kesusahan kepada pihak lelaki yang berhajat untuk mengambil seorang wanita itu untuk menjadi isterinya .

Rasulullah S.A.W.  memberi cara mudah bagi laki-laki untuk mengetahui akhlak calon isterinya dengan mengetahui besar kecil mas kawin yang dimintanya. Seorang wanita yang kuat agamanya tentu tidak akan membebani calon suaminya dengan mas kawin yang mahal harganya. Tetapi dia akan menunjukkan jalan bagi suaminya jalan yang mudah untuk segera mengawininya.
 Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
”Sebaik baik wanita iaitu yang paling murah permintaan mas kahwinnya.” 
(Hadis Riwayat Thabrani)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
“Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa nafsu).”

“Jika yang datang meminang kepada kamu orang yang kamu percaya tentang agamanya dan amanatnya, maka sebaik-baiknya kamu kahwinkanlah saja. Jika tidak, dikhuatiri akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kecelakaan yang besar.”

(Sumber : Koleksi Tazkhirah Di FB - Thanks a lot)

January 4, 2011

Every Day I Love You

I don't know, but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.

It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you 

Everyday I love you more
Everyday I love you

'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul

If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you